Kerajaan stabil dan kuat mesti dibentuk segera.- GERAK98

Kerajaan stabil dan kuat mesti dibentuk segera.- GERAK98

Kerajaan stabil dan kuat mesti dibentuk segera.

1.Tugas sebuah kerajaan bukan hanya menyiapkan satu belanjawan.Ia tugas mudah berbanding membina ekonomi negara yang sihat dan dilihat sihat.

2.Prasyarat membina ekonomi sihat dan dilihat sihat adalah kerajaan itu mesti dilihat stabil dan kuat.

3.Undi belahbahagi di Parlimen membuktikan sebaliknya.Kerajaan ini tidak stabil dan lemah.Majoriti mudah (simple majority) 112 pun tidak mampu diperolehi.(walaupun dengan segala kuasa dan sogokan)

4.Makanya, sesuatu mesti dilakukan untuk memperbetulkan kelemahan amat ketara ini.Kita jangan terperangkap dgn sindrom penafian.Kita mesti mengakui ini kerajaan lemah yang tidak akan mampu membina sebuah ekonomi sihat dan kuat.

5.Kita tidak ada pilihan.Dalam krisis ekonomi dan pandemik yang dahsyat ini,sebuah kerajaan stabil dan kuat wajib dan penting.

6.Makanya, Gerak98 menggesa institusi utama negara, Institusi raja dan politik mesti mencari jalan keluar demi negara dan rakyat yg semakin melarat.

7.Kerajaan lemah ini mesti diganti sekarang juga.Langkah pertama, PM dan seluruh kabinet meletak jawatan atau diminta melepaskan jawatan agar langkah2 seterusnya dlm membina sebuah kerajaan stabil dan kuat dapat dibentuk tanpa gangguan dan muslihat pemerintah yang terdesak.

8.Kita tidak boleh berlengah lagi.Pemerintah terdesak terbukti telah cuba melakukan darurat hanya mahu selamatkan diri mereka shj.Kita mesti bina sebuah kerajaan yg fokusnya hanya selemarkan negara dan rakyat.Bukan diri mereka sendiri sahaja.

9.Jangan sampai nasi menjadi bubur.Negara sampai tahap kerosakan yg tidak boleh diselamatkan lagi.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

2 Disember 2020/ 16 Rabiulakhir 1442H.