Kerajaan membelanjakan hampir RM1 juta bagi lawatan rasmi 4 duta khas PM

Kerajaan membelanjakan hampir RM1 juta bagi lawatan rasmi 4 duta khas PM

Hampir RM1 juta dibelanja bagi lawatan rasmi 4 duta khas PM.  Kerajaan membelanjakan RM923,455.10 untuk lawatan rasmi empat duta khas perdana menteri dalam tempoh dua tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abd Latiff Ahmad berkata, perbelanjaan itu termasuk lawatan rasmi di dalam dan luar negara dari Januari 2020 hingga Jun 2022.

Beliau berkata, perbelanjaan itu digunakan untuk melaksanakan fungsi tugas dan komitmen yang dipertanggungjawabkan, selain menarik pelaburan ke dalam negara.

Katanya, utusan khas perdana menteri turut mengadakan beberapa pertemuan rasmi dengan beberapa duta dan Kuasa Usaha Sementara (CDA) kepada negara berkaitan bagi mendapatkan maklum balas langsung.

“Ini juga mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) berhubung tugas setiap duta khas perdana menteri secara terperinci mengikut pecahan tajuk urusan kerja, tarikh dan perbelanjaan pada 2020 hingga 2022.

Empat duta khas itu terdiri daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (Timur Tengah), Presiden Parti Demokratik Progresif, Tiong King Sing (China), Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Richard Riot (Asia Timur) dan Presiden MIC, S Vigneswaran (India dan Asia Selatan).

Kerajaan membelanjakan hampir RM1 juta bagi lawatan rasmi 4 duta khas PM

Empat duta khas itu terdiri daripada Abdul Hadi Awang (Timur Tengah), Tiong King Sing (China), Richard Riot (Asia Timur) dan S Vigneswaran (India dan Asia Selatan).