Kerajaan Melayu Islam tiada peruntukan tahfiz dan agama sangat memalukan

Memang benar jika dikatakan bahawa Menteri Agama sekarang Datuk Seri Dr Zulkifli Muhammad bukan orang politik.
Tetapi entah kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melantik Ahli Parlimen PAS mengetuai Hal Ehwal Agama pun kita tidak tahu sedangkan dalam parti politik itu penuh dengan agamawan, ulama dan pemutar hadis.
Apabila ditanya mengapa bajet tahun lepas ada peruntukan RM100 juta untuk sekolah-sekolah tahfiz dan agama tapi tiada pada tahun ini, beliau menjawab:
“Alhamdulillah, tahun ini peruntukan keseluruhan untuk hal ehwal Islam adalah RM1.4 bilion. Saya tidak gemar kepada perbandingan walaupun jumlah ini lebih banyak daripada tahun lalu. Belanjawan pada saya bukan pertandingan untuk merendahkan sesiapa. Dahulu baik, sekarang pun baik. Bezanya, setiap tahun pasti ada penambahbaikan. Ini soal kebajikan dan masa depan rakyat.”
Nasib baik Menteri agama bukan daripada parti PAS. Terselamatlah parti itu daripada menjawabnya.
Apa yang boleh kita harapkan daripada parti politik yang lebih berminat membeli Mercedes Benz dan menaikkan elaun daripada membantu rakyat menangani krisis akibat COVID-19? Jawapannya kosong seperti peruntukan untuk sekolah tahfiz, sekolah agama dan sekolah pondok. Beginilah apabila Kerajaan Melayu Islam memerintah, kononnya.
Dahulu, bekas Menteri agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menjadi orang yang paling dibenci, selain Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau menerima pelbagai gelaran jelek daripada walaun dan para pentaksub. Malah program Rahmatan lil Alamin diejek dan diperlekeh.
Kini, apabila tiada peruntukan untuk sekolah tahfiz, agama dan pokok, Menteri agama kata ‘saya tidak gemar buat perbandingan.’ Itulah jawapan paling selamat. Lantas pemimpin dan pentaksub PAS terus terkesima. Sedangkan hakikatnya, peruntukan yang dahulu dapat RM100 juta, yang dikecam kononnya tidak cukup itu, kini sudah tidak ada langsung.
Seolah-olah bantuan khas RM 100 juta kepada Mahaad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat yang pernah mereka bersilat menuntutnya pada zaman pentadbiran BARISAN NASIONAL, sudah menjadi tidak relevan lagi.
Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net
Sumber : https://jomchannel.net/memalukan-kerajaan-melayu-islam-tiada-peruntukan-tahfiz-dan-agama/