Kerajaan baru Kelantan sedia tunai tuntutan penduduk Jalan Atas Paloh

Kerajaan baru Kelantan sedia tunai tuntutan penduduk Jalan Atas Paloh

Kerajaan baru Kelantan sedia tunai tuntutan penduduk Jalan Atas Paloh.

Janji Kerajaan Negeri pada 13 Mei 2013 waktu itu ialah 54 keluarga akan dapat sebuah rumah berharga RM160,000 cuma bayar RM50,000 sahaja.

Bermula sebelah pagi dengan pertemuan bersama penduduk Jalan Atas Paloh, Kota Bharu.

Mereka mangsa kepada tindakan pengusiran, perobohan dan penafian janji Kerajaan yg sah. Diikuti kata-kata yang menghina oleh pihak yang kian menampakkan kesombongan mereka.

Juga, tanpa ganti rugi setimpal.

Tindakan Kerajaan Negeri atau agensinya di sini, membawa impak, Kerajaan Kelantan telah melanggar peruntukan Perkara 13 (1) dan (2) – Hak Terhadap Harta – Perlembagaan Persekutuan sendiri :

13 :
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.

“PERTEMUAN BERAKHIR DENGAN PERSETUJUAN JIKA KERAJAAN PAS YG ADA KINI BERTUKAR, PENDUDUK ASAL AKAN MENDAPAT BAHAGIAN MEREKA DI SINI. MEMULIHKAN JANJI YG TELAH DIBERIKAN KEPADA MEREKA OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI”.

Husam Musa | 2 Julai 2022

Klik untuk ikuti FB : HUSAM MUSA