Kemuka laporan palsu RM176,800, Pengarah syarikat ditahan

Kemuka laporan palsu RM176,800, Pengarah syarikat ditahan

Kemuka laporan palsu RM176,800, Pengarah syarikat ditahan.

Seorang pemilik yang juga pengarah sebuah syarikat pertanian ditahan bagi membantu siasatan kes mengemukakan laporan palsu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi mendapatkan tuntutan berjumlah RM176,800 pada 2020 dan tahun lalu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah.

Kemuka laporan palsu RM176,800, Pengarah syarikat ditahan

SPRM turut menahan ketua pegawai pentadbiran syarikat itu, iaitu wanita berusia 30 tahun pada 11 pagi tadi di lokasi sama bagi membantu siasatan kes itu.

“Kedua-dua mereka disyaki mengemukakan laporan yang mengandungi butiran palsu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada 2020 dan 2021 berkaitan senarai peserta Program Mobiliti Tenaga Kerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.

Turut baca

“Laporan itu dipercayai tidak menepati syarat-syarat seperti mana perjanjian yang telah ditandatangani. Kedua-duanya disyaki memalsukan butiran peserta bagi tujuan tuntutan bernilai RM176,800.”

Katanya, kedua-duanya akan dirakam pernyataan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.