Kempen vaksin kerajaan condong ke arah menyalahkan rakyat

Kempen vaksin kerajaan condong ke arah menyalahkan rakyat

Kempen vaksin kerajaan condong ke arah menyalahkan rakyat yang tidak cukup berkerjasama dalam program tersebut, padahal ramai rakyat yang telah mendaftar yang telah bersetuju belum lagi divaksinkan. Kempen-kempen yang dijalankan selama ini juga agak bersifat stereotaip, hanya berupa gesakan untuk rakyat faham apakah itu vaksin dan seterusnya datang ke tempat pusat vaksin apabila tiba giliran bagi menerima suntikan. Kebanyakan kempen hanya dilaungkan melalui layar tv, corong-corong radio dan acara-acara rasmi tertentu.

Kerajaan sebenarnya perlu memastikan bahawa bekalan vaksin itu sendiri mencukupi dalam masa yang diperlukan. Kempen-kempen dilihat begitu agresif tetapi bekalan vaksin tidak tersedia dengan cukup sebanding dengan jumlah mereka yg telah mendaftar.

Kaedah berkempen juga perlu banyak variasi dan berinovasi. Tindakan proaktif kerajaan dalam mendatangi rakyat untuk divaksinkan perlu dilakukan.

Ketua-ketua kampung dan masyarakat serta NGO-NGO perlu dikerah untuk sama-sama berkempen. Ketua-ketua kampung perlu memastikan setiap anak buah mereka mendaftar dan menerima vaksin.

Kerajaan boleh juga menyerahkan senarai nama yg belum daftar vaksin kepada pemimpin msyarakat atau pasukan khas disetiap kawasan untuk mendekati dan memahami sebab kenapa mereka tidak mendaftar.

Kerajaan perlu menubuhkan unit-unit bergerak vaksin untuk berjumpa rakyat dengan mensasarkan kelompok yang liat untuk menerima vaksin.

Kerajaan hendaklah mengarahkan Kor Perubatan Tentera Malaysia untuk membantu dengan masuk ke kawasan-kawasan terutamanya pendalaman untuk membuat kerja-kerja suntikan vaksin ini.

Dalam kaedaan sekarang ada rakyat yang makan pun tidak cukup kerana tiada pendapatan. Mereka mungkin tidak mampu menanggung biaya pengangkutan untuk ke pusat vaksin. Tindakan untuk menemui mereka akan dapat melancarkan program vaksin ini.

Pendek kata kerajaan perlu menggunakan segenap upaya dalam menjayakan program vaksinasi sekiranya itulah sahaja cara yang dapat menyelamatkan rakyat daripada serangan covid 19.

Perlunya undang-undang atau peraturan yang dengan jelas memaksakan rakyat untuk menerima vaksin kerana waktu terlalu suntuk untuk kita terus berlengah.

Walaubagaimanapun saya masih berharap supaya pihak kerajaan terus terbuka untuk menerima saranan dan cadangan-cadangan daripada pihak-pihak yang berautoriti lain bagi mempelbagaikan kaedah perubatan disamping program vaksin ini bagi mempastikan covid 19 akan terhapus terus dari bumi Malaysia.

Sumber:

COMMENTS