“Kemiskinan orang jangan dibuat main” Pensyarah hina pelajar B40 ditegur

“Kemiskinan orang jangan dibuat main” Pensyarah hina pelajar B40 ditegur

“Kemiskinan orang jangan dibuat main” Pensyarah hina pelajar B40 ditegur. Tular di media sosial mengenai sikap seorang tenaga pengajar yang telah merendah-rendahkan salah seorang pelajarnya hingga membuatkan netizen berang.

Difahamkan akibat tiada komputer riba, pensyarah wanita ini difahamkan telah mengeluarkan kata-kata hinaan buat pelajar ini yang hanya menggunakan telefon pintar untuk menghadiri kelas secara atas talian yang dikelolakan.

Tidak boleh menerima kenyataan pelajarnya menggunakan ‘smartphone’ pensyarah ini dilihat siap memaki lelai tersebut dan mengatakan bahawa dia sangat tidak berpuas hati dengan golongan B-40 yang disifatkan langsung tidak mengambil berat hal pelajaran.

Berita berkaitan : Poyo!!! Video pensyarah marah pelajar tak ada komputer riba undang kecaman netizen

 

Turut baca 

 

Meskipun pelajar tersebut telah menjelaskan bawaha dia sudah kehilangan ibu dan bapa pula tidak bekerja, pensyarah ini siap menyuruh kakak pelajar menjual gelang emas demi membeli laptop.

Susulan tularnya video berkenaan, pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya tampil memberi teguran dan pandangan mengenai isu ini. Jelasnya, sepatutnya hal yang berkaitan dengan keluarga atau menyentuh isu kemiskinan seseorang tidak patut dan sangat sensitif untuk dibahaskan malahan dihina.

Lebih-lebih lagi kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang pendidik, Ahmad Fedtri menegaskan seharusnya golongan pendidik lebih bersikap empati dan menegur dengan lebih berhemah selain menjaga bahasa dan tutur kata.

Ruangan komen dipenuhi dengan pendangan netizen yang sebak mendengar penjelasan pelajar tersebut yang telah ketiadaan ibunya.

Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dengan teguran Ahmad Fedtri dan berpendapat sama bahawa pendidik tidak seharusnya bercakap hal-hal yang sangat mengguris hati pelajarnya.

 

Tonton juga