“Kematian yang dicemburui…” Anak meninggal dunia di sisi katil ibu yang sakit semasa berpuasa

“Kematian yang dicemburui…”  Anak meninggal dunia di sisi katil ibu yang sakit semasa berpuasa

Kematian yang dicemburui… Anak meninggal dunia di sisi katil ibu yang sakit semasa berpuasa.

Kematian di bulan Ramadan, pada hari Jumaat merupakan kematian yang sangat dicemburui. Begitulah kisah sayu yang tular, menunjukkan seorang anak lelaki yang meninggal dunia di sisi katil ibunya yang sedang sakit.

Jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael, 62 dikatakan seorang anak yang taat dan baik, tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga ibunya, akhirnya meninggal dunia di sisi syurganya.

Kejadian yang dikongsikan Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) berlaku di Puchong, Selangor pada petang semalam, ketika isteri dan anaknya masuk ke bilik untuk mengejutkan arwah untuk berbuka puasa.

“Ketika waktu nak berbuka puasa, menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah. Ketika mereka masuk ke bilik nenek, ingatkan ayah mereka sedang tidur.”

“Bila cuba dikejutkan rupanya si ayah telah meninggal dunia di samping nenek.”

Perkongsian itu juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa ke sebuah surau di Presint 20, Putrajaya sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang berhampiran.

Menerusi sorotan terkini 2 jam lalu, difahamkan jenazah telah dibawa ke Surau Presint Putrajaya untuk dosaltkan dan dikebumikan.