“Kemalangan ngeri” 5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak

“Kemalangan ngeri” 5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak

“Kemalangan ngeri” 5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak.

Lima individu yang menaiki sebuah kereta rentung dalam nahas dengan dua treler di KM246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar tengah malam tadi.

"Kemalangan ngeri" 5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, nahas itu membabitkan sebuah kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang membawa muatan besi serta mozek.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dengan dibantu BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh selepas menerima panggilan pada 12.52 tengah malam tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu keseluruhannya membabitkan lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta itu maut di tempat kejadian akibat 90% terbakar, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Katanya, kereta yang dinaiki lima mangsa itu terbakar menyebabkan treler bermuatan besi turut terbakar 90%, manakala treler membawa muatan mozek hanya terlanggar bahagian belakang treler terbakar itu.

“Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut kerana rentung oleh pegawai perubatan hospital dengan kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Difahamkan, lima mangsa korban itu adalah pelajar sebuah universiti swasta di Kuala Kangsar.

Sementara itu, nahas itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh 11km setakat 9.03 pagi tadi.

Plus Berhad menerusi Twitter @plustrafik memklumkan, lorong kiri menghala utara masih ditutup untuk kerja pembersihan kawasan kemalangan tetapi lorong kanan sudah dibuka.

“Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik sesak 11km arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif,” menurut ciapan itu.