‘Keluhan’ peniaga di pasar Chow Kit, bukti era pemerintahan PH lebih baik

‘Keluhan’ peniaga di pasar Chow Kit, bukti era pemerintahan PH lebih baik

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Salahuddin Ayub telah turun ke Pasar Chow Kit bagi meninjau isu kenaikan harga secara tiba-tiba yang sedang hangat diperkatakan.

Rata-rata peniaga dan pengguna mengeluh tentang masalah kenaikkan harga barang masa kini.

Walaupun harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM8.90 sekilogram untuk harga runcit ayam, namun peniaga di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur menjualnya dengan harga RM11 sekilo.

Sebelum itu, ketika era Pakatan Harapan menjadi kerajaan dahulu, harga ayam tidak sampai RM6.00 sekilo bahkan setengahnya sehingga RM4.99 sekilo.

Harga ayam RM4.99 ketika Salahudin menjadi Menteri Pertanian dahulu. Gambar tahun 2020.

Seorang peniaga sayur yang ditemui juga menyatakan keresahan mengenai situasi ini telah memberi contoh harga timun meningkat sehingga 100 peratus. Sebelum ini ianya dijual pada sekitar RM3 tetapi kini menjadi RM7 sebiji.

Kacang panjang, bendi sebelum ini RM7 sekilogram namum sekarang RM14. Cili merah tidak terkecuali di mana sebelum ini RM16 sekilogram kini RM22.

Ramai yang mendakwa isu kenaikan harga semakin meruncing dan ada laporan mengatakan harga barang keperluan dijangka naik sehingga 100 peratus. Paling menakutkan, mungkin membawa negara ke ambang krisis makanan.

 

Turut baca