Kekasih kahwin lain, lelaki gantung diri hadapan rumah pengantin

Kekasih kahwin lain, lelaki gantung diri hadapan rumah pengantin

Kekasih kahwin lain, lelaki gantung diri hadapan rumah pengantin. Seorang lelaki Yemen dilaporkan meninggal dunia dengan menggantung dirinya di hadapan rumah seorang wanita yang dicintainya pada hari sama wanita itu berkahwin dengan orang lain, lapor portal berita Arab News semalam.

Kekasih kahwin lain, lelaki gantung diri hadapan rumah pengantin

Penduduk kampung Yarim yang terletak di sebuah bandar dalam wilayah Ibb dilaporkan menemui mayat mangsa yang berusia 30 tahun itu berhampiran sebuah tangki air, demikian menurut laporan media tempatan.

Lelaki itu dipercayai meninggalkan beberapa pucuk surat cinta, ditujukan kepada wanita yang dicintainya. Dia memutuskan untuk menamatkan riwayatnya sebaik sahaja mengetahui wanita tersebut berkahwin dengan orang lain.

 

Turut baca

 

Selepas menyedari dia tidak akan dapat menghabiskan sisa hidup bersama kekasihnya, lelaki itu memutuskan untuk menamatkan ‘krisis emosi dan kesengsaraan romantisnya’, demikian menurut wartawan Yaman Bachir Al-Misgari ketika bercakap kepada laman berita Al Arabia net.

Dalam sepucuk surat yang ditinggalkan, lelaki itu menyalahkan wanita tersebut kerana gagal menepati janji dan meninggalkannya demi lelaki lain.

Laporan media mengatakan bahawa beberapa surat ditemui di dalam poket lelaki itu, mengenai cinta, kemarahan, dan kesedihan.

Sepucuk surat lain pula meminta wanita itu untuk berbahagia dalam hidup dan melupakan dirinya selain menjelaskan bahawa dia mencintai wanita itu ‘sampai mati’.

 

Tonton juga