Kejam!!! Tak tahan dengar tangisan anak, ibu dera anak 11 bulan sampai mati

Kejam!!! Tak tahan dengar tangisan anak, ibu dera anak 11 bulan sampai mati

Kejam!!! Tak tahan dengar tangisan anak, ibu dera anak 11 bulan sampai mati. Seorang ibu ditahan kerana disyaki mendera anak perempuannya yang berusia setahun 11 bulan sehingga maut hanya akibat tidak tahan mendengar tangisan anaknya dalam kejadian di Teluk Intan, Perak.

Dalam kejadian Rabu lalu itu, mangsa dibawa ibunya ke hospital swasta di Teluk Intan untuk rawatan kerana sesak nafas pada 2.30 pagi.

Kejam!!! Tak tahan dengar tangisan anak, ibu dera anak 11 bulan sampai mati

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata pemeriksaan doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal doktor mendapati beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan, termasuk luka pada hidung, dagu dan cuping telinga kanan, selain luka pada belakang telinga kiri dan belakang kepala.

“Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan punca kematian akibat kecederaan tumpul pada bahagian dada.

Katanya, ibu mangsa yang berusia 33 tahun itu ditahan pada 5 petang hari sama, selepas menyerah diri di Balai Polis Teluk Intan.

“Siasatan mendapati punca suspek mendera anak kandungnya itu kerana tertekan mangsa sering menangis. Mangsa baru diambil semula ibunya tahun lalu daripada pengasuh yang menjaga kanak-kanak itu sejak Jun 2020.

“Suspek merupakan seorang suri rumah, manakala suaminya nelayan. Suspek mempunyai empat anak dan mangsa merupakan anak ketiga,” katanya sambil menambah suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.