Kejam!!! Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri

Kejam!!! Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri

Kejam!!! Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Jitra, Kedah, semalam.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat kematian kanak-kanak terbabit jam 7.30 malam semalam daripada pihak hospital.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kematian kanak-kanak terbabit jam 7.30 malam semalam daripada pihak hospital.

“Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemukan kesan luka dan lebam dipercayai akibat didera.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat usus pecah dipercayai akibat hentakan benda tumpul,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Wan Hassan berkata, maklumat mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia kira-kira dua jam sebelum dibawa ke hospital.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik mempunyai penyakit asma dan sakit kulit, manakala dua lagi anak wanita itu tidak mengalami kesan kecederaan akibat didera.

Katanya, ibu kandung mangsa berusia 26 tahun dikatakan baru berkahwin dengan suspek berusia 22 tahun kira-kira empat bulan lalu.

“Suspek lelaki berniaga air manakala wanita tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah berkaitan curi motosikal. Hasil ujian urian mendapati mereka didapati negatif dadah,” kata Wan Hassan.

Kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.