Kejam !!! Ibu tetak bayi 13 bulan dengan kapak

Kejam !!! Ibu tetak bayi 13 bulan dengan kapak

Kejam !!! Ibu tetak bayi 13 bulan dengan kapak.

Seorang wanita di Kabupaten Tebo, Jambi tergamak menetak bayinya yang baru berusia 13 bulan dengan kapak.

Kejam !!! Ibu tetak bayi 13 bulan dengan kapak

Kejam !!! Ibu tetak bayi 13 bulan dengan kapak

Lapor Tribunnews, aksi kejam itu disaksikan sendiri oleh mentuanya dari jauh kerana mencurigai tindakan menantunya sebelum itu.

Bayi malang itu terpaksa dibawa ke Hospital Daerah Tebo disebabkan mengalami kecederaan serius di bahagian pinggang.

Ketua Polis Tebo, Fitria Mega berkata, mangsa ditetak sebanyak dua kali pada bahagian pinggang sehingga mengalami kecederaan sedalam lima sentimeter.

Jelasnya, sebelum kejadian, ibu mentua tertuduh sempat bertemu wanita itu dan bertanyakan keadaan bayi yang sedang menangis.

Katanya, ketika itu, ibu mentuanya menawarkan diri untuk menggendong cucunya.

“Namun, wanita itu menolak tawaran ibu mentuanya dan membawa terus anaknya pergi.

“Disebabkan rasa curiga, ibu mentuanya mengekori suspek dari belakang dan terlihat menantunya membawa kapak yang diambil dari gudang milik mentuanya,” katanya.

Menurut Fitria, bayi tersebut masih hidup selepas menerima 15 jahitan dan bagaimanapun belum begitu stabil.

Katanya, mangsa sudah sedarkan diri dan mula menerima susu yang diberikan.