Kejam! Enggan beri wang, suami tikam isteri guna gunting

Kejam! Enggan beri wang, suami tikam isteri guna gunting

Seorang lelaki menikam isterinya selepas berang wanita itu enggan memberikannya wang untuk membeli dadah dalam kejadian di Lahad Datu, malam tadi.

Kejadian berlaku pada jam 7 malam di Kampung Tanjung Labian, apabila suspek berusia 25 tahun itu untuk menikam lengan isterinya menggunakan gunting.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata, pasangan itu telah berkahwin lima tahun dan mempunyai dua anak yang masih kecil.

“Suspek menikam isterinya kerana wanita itu enggan memberikan wang untuk membeli dadah,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa wanita Filipina berusia 21 tahun menerima tiga jahitan di lengannya, manakala suspek menyerah diri kepada polis pada jam 12.30 tengah hari tadi.