Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu

Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu

Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu. Seorang remaja dipercayai menikam bayi lelaki yang baharu dilahirkannya di Kemaman, Terengganu, hari ini.

Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu

Mangsa yang merupakan anak sulung kepada gadis berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum laporan polis dibuat kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata hasil pemeriksaan menemui kesan tikaman di dada kiri bayi itu akibat penggunaan objek tajam.

Katanya, remaja yang keciciran pelajaran sejak tiga tahun lalu itu dipercayai bersendirian di rumah ketika melahirkan anaknya.

“Keluarga mangsa tiada di rumah dan suspek meminta bantuan rakan untuk menghubungi petugas kesihatan berhubung kelahiran itu.

“Bagaimanapun, petugas kesihatan mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada dada dipercayai ditikam dan polis kemudian menahan suspek bagi membantu siasatan,” katanya

Hanyan berkata, suspek yang belum berkahwin dipercayai adalah mangsa rogol dan polis sudah mengenal pasti lelaki yang melakukan perbuatan berkenaan.

Katanya, mayat bayi itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, termasuk mengesan kecederaan lain pada anggota badan.

Ahli keluarga suspek yang enggan dikenali terkejut mengetahui mangsa hamil dan melahirkan bayi kerana sudah lama tidak berjumpanya

Baca juga: