Kegilaan yang melampau… Cucu sumbat nenek hidup-hidup dalam peti sejuk beku

Kegilaan yang melampau… Cucu sumbat nenek hidup-hidup dalam peti sejuk beku

Kegilaan yang melampau… Cucu sumbat nenek hidup-hidup dalam peti sejuk beku.

Seorang lelaki di negeri Georgia, Amerika Syarikat didakwa atas tuduhan membunuh neneknya selepas dia dilaporkan menyumbat warga emas itu di dalam peti sejuk dan menyembunyikan mayatnya selama berbulan-bulan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mangsa, Doris Cumming, 82, dikatakan masih hidup ketika suspek, Robert Tincher III, 29, mengheret badannya dalam kediaman mereka.

Kegilaan yang melampau... Cucu sumbat nenek hidup-hidup dalam peti sejuk beku

Pegawai penyiasat Polis Daerah Floyd, Brittany Werner berkata, suspek didakwa membunuh neneknya pada Disember tahun lalu dan menyimpan mayatnya di dalam peti sejuk serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan pihak berkuasa.

“Suspek memasukkan mangsa ke dalam beg plastik dan dia masih bergerak ketika disumbat ke dalam peti sejuk.

“Daripada pengesahan kami, ketika kejadian, suspek percaya mangsa masih bernafas dan bergerak ketika dia dimasukkan ke dalam peti sejuk.

“Selepas beberapa bulan mangsa meninggal dunia, suspek memindahkan peti sejuk itu ke sebuah lokasi lain dengan mayat mangsa masih berada di dalamnya,” kata Werner.

Suspek kemudian menjelaskan bahawa dia enggan melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan terhadap dirinya. Waran tangkap itu berhubung ancaman keganasan yang dibuat terhadap bekas isterinya menerusi akaun media sosial.

Sementara itu, Werner beakata, suspek bagaimanapun mengakui amat sayangkan neneknya.

“Suspek berkata bahawa mangsa merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memberikan kasih sayang dan perhatian yang dia perlukan,” kata Werner.

Biro Siasatan Georgia melakukan bedah siasat untuk menentukan punca dan waktu kematian mangsa. – AGENSI