{VIDEO} Kegagalan kerajaan punca tabung persaraan terjejas – Salahuddin

{VIDEO} Kegagalan kerajaan punca tabung persaraan terjejas – Salahuddin

Kegagalan kerajaan menguruskan krisis ekonomi mengakibatkan rakyat terpaksa menggadaikan tabung persaraan untuk menjalani kehidupan seharian, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, kerajaan seharusnya tampil dengan pelan pemulihan ekonomi bagi memastikan tabung persaraan itu tidak terjejas.

Sebelum dari itu, Salahuddin telah menghadiri diskusi keberkesanan sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di House of Commons di Parlimen UK bersama Ms. Hannah White, Deputy Director, The Institute for Government.

Turut serta delegasi daripada Parlimen Malaysia dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen.