Kecoh disangka hilang, rupanya ‘berseronok’ dengan wanita lain

Kecoh disangka hilang, rupanya ‘berseronok’ dengan wanita lain

Kecoh disangka hilang, rupanya ‘berseronok’ dengan wanita lain.

Baru-baru ini, kecoh di Indonesia akan seorang pakar perubatan yang didakwa telah hilang 20 hari tanpa jejak hingga mencetuskan kebimbangan ramai termasuk ahli keluarganya.

Kehilangan Dr. Faizal menjadi tanda tanya apabila barang peribadi seperti motosikal yang masih hidup enjinnya, kad pengenalan, selipar serta beberapa barang peribadi lain ditemui terbiar di kawasan jurang.

Setelah barang tersebu mendapatkan pengesahan oleh isteri Dr. Faizal, misi menyelamat telah dilakukan oleh pihak berkuasa malah sepanjang 20 hari pelbagai cara dilakukan termasuklah menggunakan anjing pengesan.

Menurut isterinya sebelum hilang, Dr. Faizal dikatakan menyertai misi bantuan banjir di beberapa kawasan namun tidak sangka itu merupakan kali terakhir mereka bertemu.

Kecoh disangka hilang, rupanya ‘berseronok’ dengan wanita lain

Kehilangan lelaki berkenaan juga menemui beberapa kejanggalan hingga mencetuskan spekulasi bahawa terdapat hal buruk telah berlaku kepadanya.

Kecoh disangka hilang, rupanya ‘berseronok’ dengan wanita lain

Antara kejanggalan yang dinyatakan seperti pihak polis mendapat kad SIM Dr. Faizal ditukar berkali-kali, malah bau bangkai terhidu berhampiran motosikalnya selain lelaki berkenaan didakwa disorokkan jin.

Bagaimanapun, semuanya kantoi apabila lelaki berkenaan ditangkap sedang berdua-duaan bersama seorang wanita di bilik tidur di sebuah rumah penginapan. Malah, ketika diserbu kedua-duanya terlihat malu selain cuba menyorokan muka mereka.