Kecoh customer marah staff sebab utamakan ibu mengandung, Chef Ammar mula naik angin

Kecoh customer marah staff sebab utamakan ibu mengandung, Chef Ammar mula naik angin

Kecoh customer marah staff sebab utamakan ibu mengandung, Chef Ammar mula naik angin.

Perniagaan nasi arab Chef Ammar nampaknya semakin menjadi kegilaan ramai dalam bulan Ramadan kali ini.

Setiap hari, semakin ramai orang yang sanggup beratur berjam-jam demi menikmati sendiri hasil tangan tukang masak terkenal tersebut.

Terbaru, satu perkongsian @mohdarizan tular menunjukkan Chef Ammar yang ‘naik hantu’ dipercayai gara-gara seorang pelanggan yang marah pada pekerjanya.

Dikatakan kerana memberi laluan pada ibu mengandung, pelanggan biadap tersebut telah sewenang-wenangnya memarahi pekerja Chef Ammar.

Tampil mempertahankan pekerjanya, Chef Ammar telah ‘membasuh’ pelanggan biadap tersebut dengan mengatakan tindakan pekerjanya adalah benar dalam menghormati hak sesama manusia.

Susulan suasana tegang tersebut, dapat dilihat beberapa anggota polis turut ‘turun padang’ memantau situasi, bimbang hal tak diingini berlaku.

Ramai yang simpati pada Chef Ammar berhubung dugaan demi dugaan yang dihadapinya dalam perniagaan sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, para netizen kagum akan sikap budiman tukang masak tersebut bersama pekerjanya yang sangat menghormati hak sesama insan dan mendoakan agar Chef Ammar dan tim nya sentiasa dipermudahkan urusan.