‘KB Mall menjerit…’ 7 individu ‘bertumbuk’ rebut pelanggan

‘KB Mall menjerit…’ 7 individu ‘bertumbuk’ rebut pelanggan.
Tular satu video pergaduhan antara beberapa orang lelaki di dalam sebuah pusat beli belah.
Dipercayai gara-gara berebut pelanggan, kejadian yang berlaku di KB Mall, Kelantan itu kecoh dengan aksi tumbuk menumbuk sekumpulan lelaki itu.
Perkongsian wartawan di Twitter, Mohd Redzuan Abdul Manap menunjukkan perselisihan faham yang berlaku antara dua pekerja dari kedai menjual telefon yang berebut pelanggan.
Berpunca dari tidak puas hati dan pertelingkahan 2 pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang rebut pelanggan.
Menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di KB Mall, 9.30 malam tadi yang tular di Media Sosial.
7 individu ditangkap: KPD Kota Bharu
Video Tular👇 pic.twitter.com/z0ZX58pp1W
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 23, 2022
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan seramai 7 individu terlibat telah ditahan oleh Balai Polis Kota Bharu untuk membantu siasatan.