Kantoi ‘berTikTok’ dengan wanita lain, lelaki belasah isteri sampai mati

Kantoi ‘berTikTok’ dengan wanita lain, lelaki belasah isteri sampai mati

Berang isterinya menemui video TikTok bersama wanita lain, seorang lelaki warga Indonesia membelasah isterinya sehingga mati di Flat Pelangi Damansara.

Mayat mangsa berusia 40 tahun itu ditemui di sebuah bilik disewa mereka dengan kesan lebam di bahagian tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, susulan itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan suspek berusia 29 tahun.

“Suspek ditahan pada hari sama di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur.

“Polis turut menahan seorang wanita warga asing berusia 45 tahun dipercayai wanita di dalam video TikTik terbabit,” katanya.

Nik Ezanee berkata, siasatan mendapati suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada 10 malam 8 Februari lalu selepas isterinya terjumpa satu video Tiktok yang dirakam suspek bersama seorang wanita lain.

Menurutnya, ketika bergaduh, suspek menumbuk serta menampar mangsa berkali-kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri sebelum keluar dari kediaman mereka menuju ke Klang.

“Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita penuh | HM