Kancil disambar api masa tengah isi minyak, pemandu, penumpang tak dapat dikesan

Kancil disambar api masa tengah isi minyak, pemandu, penumpang tak dapat dikesan

Kancil disambar api masa tengah isi minyak, pemandu, penumpang tak dapat dikesan.  Sebuah kebakaran terlah berlaku di Stesen Minyak Petronas, Rantau Panjang, Kelantan melibatkan sebuah perodua Kancil.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 8.36 pagi semalam itu menjadi kecoh susulan asap hitam yang berkepul naik ke permukaan awan.

Menerusi perkongsian Facebook Info Roadblock Seluruh Malaysia, orang ramai yang berada di tempat kejadian bertempiaran lari dan ada yang sempat merekod insiden tersebut.

Namun begitu, difahamkan penumpang termasuk pemandu kereta Kancil tersebut hilang, dipercayai melarikan diri.

Menurut sumber Astro Awani, kebakaran pada mulanya berlaku pada kereta kancil tersebut dan ianya merebak ke pam minyak berdekatan.

Kereta Kancil tersebut mengalami kemusnahan sekitar 50 peratus manakala sebuah pam minyak dengan empat nozzle hangus seratus peratus. Punca kejadian masih disiasat.

Susulan kebakaran, dilaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku. Tindakan pantas pihak bomba mengaktifkan sistem keselamatan stesen minyak berjaya mengawal kebakaran dalam masa kurang 10 minit.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.