Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut tercampak keluar dari kereta dipandu ibu

Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut tercampak keluar dari kereta dipandu ibu

Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut tercampak keluar dari kereta dipandu ibu.

Seorang kanak-kanak perempuan maut setelah tercampak keluar dari kereta dipandu ibunya yang terbabas di Kilometer 79, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Brooke di sini, semalam.

Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut tercampak keluar dari kereta dipandu ibu

Mangsa, Tuan Nur Amani Izzati Tuan Khairul Azhar, 9, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Brooke pada pukul 3.15 petang.

Ibu mangsa, Norfatihah Mustapha, 32, bersama dua lagi anaknya, Tuan Nur Afina Najwa, 1, dan Tuan Nur Akifa Naila, 6, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari, mangsa bersama ibu dan dua adik perempuannya dalam perjalanan dari arah Tanah Rata, Cameron Highlands menghala ke Pos Brooke.

Katanya, setiba di tempat kejadian, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu suri rumah itu terbabas ke kiri jalan sebelum masuk ke dalam longkang akibat mengantuk.

 

Turut baca

 

“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh dalam longkang yang bertakung air.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan kepala di dalam longkang sebelum dibawa ke Klinik Pos Brooke untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tonton juga