Kanak-kanak perempuan 11 tahun ditemukan maut dengan kesan jerutan

Kanak-kanak perempuan 11 tahun ditemukan maut dengan kesan jerutan

BATU PAHAT – Seorang Kanak-kanak perempuan ditemui mati di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.55 petang itu, mangsa yang berusia 11 tahun ditemui dengan kesan luka pada bahagian dahi dan jerutan di leher.

Kanak-kanak perempuan 11 tahun ditemukan maut dengan kesan jerutan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher di dalam sebuah rumah kosong di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, Batu Pahat, Johor petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan kejadian itu, polis menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun.

“Ibu mangsa berusia 34 tahun ditahan untuk membantu siasatan kerana keterangan diberikan tidak konsisten daripada saksi-saksi.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Julai untuk membantu siasatan,”katanya melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa merupakan anak sulung dari empat beradik, ibu mangsa merupakan suri rumah manakala bapanya difahamkan bekerja di Singapura.

Kosmo! difaham mangsa dikatakan bermain di dalam rumah kosong itu dengan buaian yang diikat pada tangga di dalam rumah berkenaan bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah tidak bernyawa.

Menurut Kamarul Zaman, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.