Kanak-kanak hiperaktif tersangkut dalam mesin pengering pakaian

Kanak-kanak hiperaktif tersangkut dalam mesin pengering pakaian

Kanak-kanak hiperaktif tersangkut dalam mesin pengering pakaian. Keriangan seorang kanak-kanak yang hiperaktif terhenti apabila dia didapati tersangkut dalam mesin pengering selepas memasukinya pada petang tadi dekat rumahnya di Taman Hassan, Sungai Udang.

Kanak-kanak hiperaktif tersangkut dalam mesin pengering pakaian

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kanak-kanak lelaki tersebut, Muhammad Amir Rayyan Azman, 6, tersangkut ketika sedang bermain di rumahnya.

“Semasa kejadian, ibu bapanya berada di dalam rumah terkejut melihat Muhammad Amir menjerit meminta tolong akibat kaki kanannya sudah tersepit di dalam mesin tersebut.

“Panik melihat insiden tersebut, mereka menghubungi kami kira-kira pukul 1.52 petang untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, enam anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat (BBP) Kota Raja telah ditugaskan menjalankan operasi menyelamat mangsa dan tiba di rumahnya kira-kira pukul 2.14 petang.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kata Norazam, anggotanya terus melakukan kerja menyelamatkan Muhammad Amir dengan pantas serta berhati-hati.

“Operasi mengeluarkan kaki Muhammad Amir berlangsung selama tiga minit dan dijalankan secara berwaspada.

“Anggota saya menyerahkan mangsa kepada ayahnya sebaik sahaja dia berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan yang dialami,” ujarnya.

 

Turut baca