Kampung Baru menjerit !!! Notis kosong rumah tamat 31 Julai

Kampung Baru menjerit !!! Notis kosong rumah tamat 31 Julai

Kampung Baru menjerit !!! Notis kosong rumah tamat 31 Julai.

Penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru yang diberikan notis untuk mengosongkan kediaman sebelum 31 Julai merayu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan.

Wakil penduduk, Azlan Mustafa berkata, rayuan mereka telah dipanjangkan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) namun dimaklumkan ia perlu melalui Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) selaku pemegang hak kepada rumah berkenaan.

Kampung Baru menjerit !!! Notis kosong rumah tamat 31 Julai

Wakil penduduk Kampung Sungai Baru Azlan Mustafa (memegang mikrofon) bercakap pada sidang media hari ini berhubung isu pengambilan tanah di kawasan mereka.

“Kami juga sudah berjumpa dengan pihak PKB namun hampa kerana mereka seolah-olah tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk membantu kami dan hanya berkata ‘tidak tahu dan tidak pasti’,” katanya.

“Jadi kami minta perdana menteri turun dan bantulah kami segera … kami berada dalam keadaan getir dan agak tertekan selagi tiada pihak datang membantu.”

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung isu terkini pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, yang turut dihadiri bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad.

Pada 11 Apr, JKPTG berkata, PKB membenarkan penduduk terus mendiami flat Kampung Sungai Baru sehingga 31 Julai selepas penduduk membantah notis pengosongan yang diterima tiga hari menjelang Ramadan.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim turut memberi jaminan penduduk flat itu tidak akan diusir pada bulan puasa dan rundingan antara pemaju bersama penduduk akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi mencari penyelesaian.

Bagaimanapun, Azlan berkata, pertemuan dengan pemaju pada 7 Jun lalu tidak membuahkan sebarang hasil kerana pihak PKB bertindak mewakili pemaju dan tiada seorang wakil dari pihak pemaju hadir.

“Pada sesi libat urus Selasa lepas, PKB bawa tawaran yang lama, tawaran basi yang telah ditolak penduduk,” katanya.

“Malah yang menghairankan, PKB bertindak mewakili pemaju, bukan memihak kepada penduduk dan pemaju terus berselindung di sebalik akta pengambilan tanah.”

Warta Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan dalam tempoh hanya empat hari, iaitu 18 Jun dan 21 Jun tahun lepas, ketika negara sedang berdepan perintah kawalan pergerakan.

Seksyen 4 menyatakan kawasan Kampung Sungai Baru bakal diambil untuk menjalankan kajian pembangunan manakala Seksyen 8 memaksa penduduk keluar daripada tanah mereka dengan diberi pampasan.

Sementara itu, Khalid berkata, jika kerajaan membenarkan pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru ini diteruskan, ia akan menjadi duluan yang cukup bahaya bagi mana-mana pemaju yang mahu membangunkan sesuatu kawasan pada masa akan datang.

“Jika mana-mana pemaju nak bangunkan sesuatu kawasan, pemilik tak setuju mereka akan berunding dengan kerajaan dan kerajaan akan keluarkan akta pengambilalihan tanah untuk pemaju. Ini tak munasabah. Saya nak merayu kepada PM, minta terbabit sama dalam isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau sudah menubuhkan satu jawatankuasa terdiri daripada peguam yang akan membantu penduduk Kg Sungai Baru untuk menghalang dan mencabar tindakan berkenaan.

“Banyak persoalan timbul termasuk cara bagaimana surat usir dihasilkan dalam tempoh begitu singkat. Semua ini kita akan kaji dan akan cuba bantu supaya pemilik diberi hak mereka,” katanya.