‘Kami sentiasa bersamamu, Syafiq’ – TMJ

‘Kami sentiasa bersamamu, Syafiq’ – TMJ

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim mengucapkan salam takziah buat penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Jawi, Nibong Tebal awal pagi hari ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik JDT memuat naik ucapan berkenaan di akaun Facebook rasminya yang memaparkan gambar jersi Syafiq bernombor 28 diiringi kata ‘Kami Sentiasa Bersamamu, Syafiq’.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” titah baginda.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dilaporkan terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari.

Turut maut dalam kemalangan itu ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan parah, manakala Muhammad Syafiq dan anak sulungnya dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/650054/kami-sentiasa-bersamamu-syafiq-tmj