Kami pengamal dan pejuang rukun negara, tegas MP Hulu Langat

Kami pengamal dan pejuang rukun negara, tegas MP Hulu Langat

9 Disember 2020
23 Rabiul’Akhir 1442H

Yang memberi isyarat lucah “𝗷𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵” ketika berbahas adalah seorang Ahli Parlimen Timbalan Menteri; kebetulan bukan seorang Muslim.

Yang membantah dan membuat sidang media, ramai teman-teman Ahli Parlimen termasuk yang bukan Muslim.

Ini bukanlah isu parti, aqidah atau perbezaan agama dan kaum.

Ia adalah isu akhlak, kesopanan dan kesusilaan.

Pada zaman Kerajaan 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 kami melakukan perkara yang sama apabila ada Timbalan Menteri kami dengan niat bergurau mempertikaikan kewanitaan seseorang. Beliau terus meminta maaf dan menarik balik pada masa itu juga.

Saya membawa Risalah Islam yang murni agar mereka merasakan banyak Nilai Islam bertepatan dengan naluri mereka sendiri.

Menunjukkan isyarat lucah yang ditunjukkan di khalayak ramai terutama di Dewan yang mulia itu satu aib yang sangat besar.

Kita mengajar untuk berani dan pandai berhujjah dan sentiasa mengawal emosi ketika berbahas.

وَجَٰهِدْهُم بِهِۦ جِهَادًا
كَبِيرًا

“…. 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙪𝙟𝙟𝙖𝙝-𝙝𝙪𝙟𝙟𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝-𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝” (𝘼𝙡-𝙁𝙪𝙧𝙦𝙖𝙣 52)

Saya tidak boleh membiarkan mereka bersendirian dalam memperjuangkan sesuatu yang baik, terkait semangat yang ada pada Rukun Negara.

Saya tidak akan membiarkan sesiapa di Malaysia salah faham terhadap keindahan Islam dan akhirnya boleh membenci Islam.

Bersama menjadi saksi dan hadir dalam sidang media, tanda keindahan Islam berada di sisi mereka.

Sebuah usaha kerdil memperkenalkan keindahan Islam melalui contoh dan teladan.

𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗬𝗨𝗡𝗨𝗦
𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
𝗣𝟭𝟬𝟭 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁

𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 & 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗵𝗶𝗽
𝗔𝗵𝗹𝗶-𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

#Menjunjung30JuzukQuraan
#RahmatanLilAlamin
#RajaDijulangRakyatDitatang
#KhadamDuniaPersilatanMelayu
#PakatanHarapan
#AmanahProgresifPeduli

Sumber : https://fb.watch/2fSTRsa_SV/