“Kak tolonglah saya…” Jual buah mangga lewat malam, budak lelaki rayu wanita borong semua

Selain melihat keterujaan gelagat kanak-kanak baru mula masuk sekolah, ada juga diantara mereka yang kurang bernasib baik apabila perlu mencari rezeki demi meneruskan hidup.
Sama seperti seorang kanak-kanak yang dirakamkan oleh pengguna TikTok apabila memaparkan gelagat budak lelaki yang menjual buah mangga pada lewat malam.
Menerusi video yang dimuat naik itu, budak lelaki berkenaan memintanya untuk memborong kesemua mangga tersebut kerana sudah keletihan menjual.
Sempat berbual beberapa soalan, kanak-kanak berkenaan dilihat mesra dan menyambut setiap soalan dengan baik. Malah memberitahu bahawa dirinya tinggal berhampiran kawasan tersebut dan akan bersekolah pada jam 6 pagi esok.
Dalam pada itu, turut diajak kanak-kanak berkenaan untuk menaiki kereta bersamanya namun ditolak baik oleh dia kerana bimbang dimarahi oleh ibunya.
Selepas urusan jual beli selesai, kanak-kanak itu dilihat melalui celah-celah kereta dipercayai untuk pulang ke rumah.
Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet akan perkara tersebut. Rata-rata mereka risau melihat kanak-kanak berkenaan bersendirian seorang diri selain mendoakan yang terbaik buatnya.
Turut baca