Jumpa pokok ganja dalam kondominium, penyanyi nasyid era 90-an ditahan

Jumpa pokok ganja dalam kondominium, penyanyi nasyid  era 90-an ditahan

Jumpa pokok ganja dalam kondominium, penyanyi nasyid era 90-an ditahan. Seorang penyanyi nasyid era pertengahan 90-an diberkas selepas disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini petang semalam.

Jumpa pokok ganja dalam kondominium, penyanyi nasyid era 90-an ditahan   https://puteradaily.com/jumpa-pokok-ganja-dalam-kondominium-penyanyi-nasyid-era-90-an-ditahan/

 

Penyanyi berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya menyerbu unit kediaman tersebut kira-kira pukul 4 petang.

Difahamkan ketika serbuan, pihak polis dipercayai turut menemui sejumlah pokok ganja ditanam dalam unit kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

“Saya sahkan suspek ditahan dan saya akan membuat sidang akhbar petang ini mengenai perincian lanjut penahanan lelaki itu,” katanya.

 

Turut baca