Jualan masih banyak, ayah ‘sayu’ lihat video anak luah perasaan

Jualan masih banyak, ayah ‘sayu’ lihat video anak luah perasaan

Jualan masih banyak, ayah ‘sayu’ lihat video anak luah perasaan.

Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk membuka semula tapak bazar Ramadan tahun ini nampaknya memberi sinar baharu untuk peniaga kecil di luar sana.

Sejajar dengan itu, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk meniaga setelah hampir dua tahun tergendala.

Namun begitu, kesannya mungkin akan meningkatkan jumlah pesaing sehingga tak dinafikan pasti akan ada dalam kalangan mereka berdepan masalah kesukaran mendapatkan pelanggan seperti yang menimpa gadis ini.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh ayahnya, menyaksikan luahan sang anak sedang buntu mengenangkan jualannya pada hari itu.

Ujarnya, jam sudah menunjukkan ke pukul 6.20 tetapi kedainya masih sunyi, malah juadah yang berada di atas meja juga masih banyak.

Lebih menyentuh hati, suara anak gadisnya tiba-tiba berubah seperti sedang menahan sebak tetapi tetap cuba terlihat kuat depan ayahnya.

Jualan masih banyak, ayah 'sayu' lihat video anak luah perasaan

Jualan masih banyak, ayah 'sayu' lihat video anak luah perasaan

Walau bagaimanapun, dia tidak keseorang kerana segelintir peniaga di luar sana juga pernah berdepan nasib sama.

Menurut mereka, untung rugi sudah menjadi adat dalam perniagaan dan seharusnya diri perlu sabar dan kuat.

Pun begitu, ada juga yang menitipkan kata-kata semangat dan doa agar dia selalu dimurahkan rezeki.

Tonton juga