Jual gelaran Datuk RM150,000, dua lelaki dibekas

Jual gelaran Datuk RM150,000, dua lelaki dibekas

Jual gelaran Datuk RM150,000, dua lelaki dibekas. Polis memberkas dua lelaki yang terbabit dalam kegiatan penipuan gelaran Datuk dari Istana Negara yang dijual pada harga RM150,000 pada Khamis.

Jual gelaran Datuk RM150,000, dua lelaki dibekas

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, tangkapan kedua-kedua suspek secara berasingan di Kedah adalah susulan laporan polis dibuat oleh seorang lelaki yang juga pengarah syarikat swasta.

“Mangsa diperkenalkan oleh kenalannya kepada seorang lelaki di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.

“Semasa perjumpaan pada 26 Januari lalu, suspek menawarkan bantuan mendapatkan gelaran Datuk dari Istana Negara dengan harga sebanyak RM150,000,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Amihizam berkata, mangsa bersetuju tawaran itu dan pada hari yang sama membuat bayaran wang tunai berjumlah RM40,000.

“Mangsa telah memberitahu suspek bahawa baki bayaran akan diselesaikan selepas gelaran Datuk diperoleh,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dijanjikan gelaran Datuk pada 27 Januari lalu, namun suspek gagal menunaikan janji dan memberi pelbagai alasan menyebabkan mangsa tidak berpuas hati dan rasa telah ditipu.

“Kita berjaya mengesan dan menangkap kedua-dua lelaki itu. Kita turut merampas dua telefon bimbit dan sekeping Kad Ahli Setia Diraja yang dicurigai,” katanya.

 

Turut baca