Jiran mangsa kerat-15 ‘kongsi cerita’ sebelum kejadian

Jiran mangsa kerat-15 ‘kongsi cerita’ sebelum kejadian

Jiran mangsa kerat-15 ‘kongsi cerita’ sebelum kejadian.

“Biasanya kami dengar suara ‘auntie’ menyanyi dan kadangkala menjerit, namun sejak beberapa hari lalu, kelibatnya tidak kelihatan.”

Pendedahan jiran mangsa kerat-15 menyatakan wanita warga emas yang dibunuh anaknya di Taman Kerian seorang yang suka menyanyi dan menjerit namun hairan sejak kebelakangan ini langsung tidak kedengaran suara malahan kelibatnya juga langsung tidak kelihatan.

“Sepanjang tempoh seminggu ini, kami langsung tidak dengar apa-apa bunyi, sama ada ketukan atau jeritan sehinggalah ketibaan polis, semalam.”

 

Menurut Harian Metro, suspek berusia 42 tahun sering mengutip dan mengumpul barangan terpakai di perkarangan rumah.

“Sepanjang tempoh itu juga kami tidak mendengar bunyi pelik seperti ketukan atau memotong sesuatu. Sehinggalah petang semalam apabila kelihatan sepasukan anggota polis mengerumuni kediaman mangsa dan barulah kami tahu dia dibunuh.”

Jiran mangsa kerat-15 'kongsi cerita' sebelum kejadian

Jiran mangsa kerat-15 ‘kongsi cerita’ sebelum kejadian

Tinjauan ke lokasi jenayah mendapati rumah suspek dikelilingi pita polis manakala bahagian pintu belakang yang menempatkan tangki kumbahan ditutup.

Dalam pada itu, perkarangan rumah juga tidak terurus dengan longgokan pelbagai barangan lusuh yang dikutip suspek.