Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – Adun Serom

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – Adun Serom

Perbahasan belanjawan Johor 2021, Serom ingin menyorot kembali kata-kata YAB Ir Datuk bahawa “pentadbiran beliau akan sentiasa bersifat realistik dan bertanggungjawab dan beliau menyeru semua ahli-ahli dewan yang mulia ini agar bersolidariti demi Johor yang sangat kita semua cintai.

Inilah waktunya kita membuktikan bahawa ideologi yang berbeza, fahaman politik yang berlainan dan pendirian kita yang pelbagai tidak akan mengatasi kecintaan kita kepada Negeri Johor Darul Ta’zim”.

Maka Serom ingin menyeru kita ahli-ahli dewan yang mulia menjadi sebuah pasukan dengan segala kekuatan yang ada untuk dimanafaatkan sebaiknya.

Kerjasama pelbagai pihak khususnya pada ketika ini termasuk ADUN-ADUN kerajaan dan pembangkang sangat diperlukan untuk membangunkan kembali ekonomi Johor seperti yang dihasratkan oleh YAB Ir Datuk MB Johor.

Maka sebagai langkah permulaan kepada kejayaan pelbagai usaha ini.

Serom fikir sudah sampai masanya kita tinggalkan [email protected] lama pentadbiran dengan membawa kami ahli-ahli dewan sebelah sini untuk terlibat sama dengan dijemput hadir didalam mesyuarat bulanan JK Tindakan Daerah dan mana-mana JK peringkat negeri yang difikirkan sesuai dengan kepakaran yang kami ada atau sekurang-kurangnya dibenarkan menghantar soalan setiap kali sebelum mesyuarat diadakan seperti yang dicadangkan oleh Tangkak.

Seperti pepatah melayu menyatakan “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

Maka Serom penuh yakin, kisah-kisah kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri Johor akan dapat kita ulangi bersama sekali lagi seperti yang dihasratkan dalam Belanjawan Negeri Johor 2021 yang telah dibentangkan.

 

YB Dr Faizul Amri Adnan
Adun Serom

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021