Jijik! Wanita makan guna kuku buat netizen rasa loya

Jijik! Wanita makan guna kuku buat netizen rasa loya

Jijik! Wanita makan guna kuku buat netizen rasa loya. Miliki kuku yang pendek dan bersih pastinya menggambarkan penampilan seseorang yang menjaga kebersihan diri atau sebaliknya.

Namun, ada juga individu yang sememangnya suka-suka membela kuku panjang yang keterlaluan hingga mengundang rimas dan geli pada orang lain.

Pengguna TikTok berkongsi cara memakan menggunakan ‘tangan’ dengan kuku yang panjang.

Difahamkan, perkara itu dilakukan oleh wanita berkenaan susulan mendapat pertanyaan dari salah seorang pengikutnya di TikTok.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan menunjukkan cara makan makanan menggunakan tangan dengan kuku yang panjang sehingga menjadi perhatian ramai.

Rata-rata warganet berpendapat bahawa itu cara makan dengan kuku bukan tangan.

Malah, mereka turut meluahkan rasa loya melihat wanita tersebut selain mempersoalkan bagaimana dia melakukan hal lain dengan kuku yang panjang itu.

 

Turut baca

Tonton juga