“Jauhi lelaki psiko…” Terima 9 jahitan sebab minta putus

“Jauhi lelaki psiko…” Terima 9 jahitan sebab minta putus

“Jauhi lelaki psiko…” Terima 9 jahitan sebab minta putus.

Manusia tak pernah lari dari berbuat kesilapan, namun mereka ada banyak jalan untuk berubah, selama mana peluang masih berpihak kepada diri.

Misalnya seperti yang dilalui oleh gadis ini yang kini sedang berusaha untuk berpisah dengan teman lelakinya yang dianggap ‘psiko’.

Menurut pemilik akaun @elfucir, menyaksikan derita yang terpaksa ditanggung olehnya selepas dibelasah oleh teman lelakinya gara-gara minta putus.

Disebabkan insiden itu, dia juga menerima sebanyak 9 jahitan kerana tindakan berani lelaki itu.

Menurut gadis terbabit, meskipun insiden itu berlaku tahun lalu, namun dia terpaksa memuat naik semula video tersebut, beserta beberapa bukti lain agar lelaki itu tidak mengganggunya lagi.

Dalam waktu sama, dia juga berharap agar ciapannya itu dapat memberi peringatan buat kaum wanita di luar sana sebelum termasuk jerat sama sepertinya.

Selain itu, dia turut berkongsi gambar tangkap layar mesej yang diterima oleh individu tak dikenali yang pernah menjadi ‘mangsa’ lelaki berkenaan.

 

Bagaimanapun, gadis itu akui akan kesilapannya, justeru itu dia berharap agar orang lain lebih berhati-hati.