Jangan pilih kasih! Niaga luar dari tapak pasar malam, wanita mengamuk minta keadilan

Jangan pilih kasih! Niaga luar dari tapak pasar malam, wanita mengamuk minta keadilan. Tak mungkin kita akan dihukum jika kita tidak membuat sebarang kesalahan. Lebih-lebih lagi dari pihak berkuasa, pasti hukuman yang dikenakan telah diberikan amaran awal terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dikenakan.
Samalah juga dengan seorang wanita ini, yang mengamuk dan tak puas hati dengan pihak berkuasa atas kesalahannya sendiri yang meniaga di luar tapak pasar malam yang disediakan.
Menerusi akaun Tiktoknya, wanita ini merakam video dengan niat memuat naiknya di media sosial untuk mendapatkan ‘keadilan’ memandangkan dia merasa bahawa jika pihak berkuasa ingin ‘menutup’ kedainya, maka semua kedai disitu harus diitutup juga.
Berpendapat pihak berkuasa pilih kasih, wanita ini mengamuk dan bertindak merakam sekeliling tapak pasar malam tersebut sebagai bukti mengatakan bahawa dirinya teraniaya.
Mengharap netizen menyebelahinya, lain pula yang terjadi apabila rata-rata komen menunjukkan kecaman dan teguran pedas buat wanita ini yang sama sekali tidak bersyukur tidak ‘diangkut’ pihak berkuasa atas kesalahan yang nyata dilakukan.
Dalam pada itu, ramai juga yang menyarankan wanita ini meniaga di tapak pasar malam yang betul, bukan di tepi jalan yang tentunya mengganggu laluan kereta.
Turut baca