Jamal Abdillah layak ke AJL35

PETALING JAYA – Sebanyak 12 lagu diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) selepas berentap merebut tempat menerusi tiga episod pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).
AJL35 yang dijangka berlangsung pada Februari 2021 juga bakal menyaksikan Datuk Jamal Abdillah kembali bertanding menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong duet bersama Wany Hasrita selepas hampir 20 tahun meninggalkan pertandingan tersebut.
Sementara itu, 11 buah lagu lain yang bakal memberi saingan sengit ialah 7 Nasihat (Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Gundah (Ernie Zakri) dan Gila (Kaka Azraff, Noki & Tuju).
Turut layak, tiga lagu lain, Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).
Terdahulu, lagu Hati dendangan Hael Husaini, 7 Nasihat (Shiha Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan Belenggu Rindu (Wani Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah) masing-masing diumumkan sebagai Lagu Terbaik SFMM35 yang berlangsung sejak 20 November lalu.
Semua lagu bertanding dinilai tujuh juri profesional diketuai komposer terkenal, Azmeer.
SFMM35 yang bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.
Episod ketiga SFMM35 terpaksa ditunda selama dua minggu gara-gara salah seorang peserta, Alif Satar disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE
Senarai lagu layak:
7 Nasihat (Kmy Kmo & Luca Sickta /Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta)
Hati (Hael Husaini & Ezra Kong/Hael)
Belenggu Rindu (Hael Husaini & Ezra Kong/Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah)
Gundah (Ernie Zakri, & Sharon Paul/Ernie Zakri)
Peluang Kedua (Hael Husaini & MFMF/Hael Husaini)
Gila (Noki, Loca B & Ezra Kong/ Kaka Azraff, Noki &Loca B)
Kau Sakiti (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage/Amir Masdi)
Hutang (Zai Hamzah & Achoi Floor 88/Floor 88)
Aku Bidadari Syurgamu (Ippo Hafiz & Siti Rosmizah/Aishah)
Eh (Navigator & Zizi Kirana / Mambang & Zizi Kirana)
Semalam (Aina Abdul)
Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)
Sumber : https://www.kosmo.com.my/2020/12/15/jamal-abdillah-aina-abdul-layak-ke-ajl35/