Isu Myvi langgar kubur, anak tampil cerita hal sebenar, dakwa ibu trauma

Isu Myvi langgar kubur, anak tampil cerita hal sebenar, dakwa ibu trauma

Isu Myvi langgar kubur, anak tampil cerita hal sebenar, dakwa ibu trauma. Tular isu sebuah kereta Myvi yang melanggar beberapa buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang.

Isu Myvi langgar kubur, anak tampil cerita hal sebenar, dakwa ibu trauma

Menurut Harian Metro, kereta yang dipandu warga emas berusia 60-an itu didapati terbabas ketika ingin membuat pusingan namun tidak sengaja melanggar kubur.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali, empat kubur didapati rosak akibat perlanggaran yang berlaku.

“Wanita itu selalu datang untuk menziarah kubur arwah suaminya dan mungkin ketika itu dia tersilap sehingga kereta dipandu terbabas.”

Terbaru, seorang individu tampil mengakui dirinya sebagai anak kepada pemandu Myvi berkenaan dan memohon seribu kemaafan atas apa yang berlaku.

Malahan, individu ini juga turut menjelaskan keadaan ibunya yang sakit dan masih dalam keadaan sedih akibat kehilangan suami tercinta, hingga membuatkan dirinya hilang kawalan pada hari kejadian.

Dalam pada itu, individu ini turut meminta orang ramai agar tiada yang bersangka buruk dengan kejadian yang berlaku dan memaklumkan bahawa ibunya dalam keadaan baik dan tidak cedera.

 

Turut baca