Isu kuil: Pemuda Pas Kedah buat laporan polis terhadap P Ramasamy

Isu kuil: Pemuda Pas Kedah buat laporan polis terhadap P Ramasamy

Beliau berkata, dalam hantaran tersebut, Ramasamy membuat tuduhan jelik dan menghasut termasuk memfitnah Muhammad Sanusi; antaranya mendakwa tindakan merobohkan kuil di Kedah meminggirkan masyarakat India dan percubaan menghapuskan budaya kaum tersebut

Saya percaya hantaran dibuat pemimpin DAP Pulau Pinang itu di laman sosialnya amatlah berniat jahat bagi mengganggu dan mengugut pihak berkuasa melaksanakan undang-undang dan peraturan.

“Malah, kenyataan itu bersifat menghasut bagi membangkitkan perasaan marah masyarakat India terutama beragama Hindu yang mana bertentangan dengan undang-undang dan norma amalan bagi rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Pas Kedah, Aizat Zakaria; Exco Pemuda Pas Kedah, Ikram Zaki dan Exco Pemuda Pas Kedah, Syukri Sawai.

Abdul Hadi berkata, pihaknya juga melihat tindakan Ramasamy itu sangat bahaya dan boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya membuat laporan bagi tujuan siasatan lanjut polis di bawah Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114483/EDISI/Isu-kuil-Pemuda-Pas-Kedah-buat-laporan-polis-terhadap-P-Ramasamy