Isteri pertama menangis separuh mati melihat suami bersanding lagi

Isteri pertama menangis separuh mati melihat suami bersanding lagi

Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang wanita sedang menangis semasa majlis persandi­ngan suaminya, lapor laman be­rita Suara.com semalam.

Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh seorang pengguna bernama @herikanatasya itu menunjukkan wanita tersebut menangis teresak-esak di sudut sebuah rumah.

Pada masa yang sama, sebilangan tetamu memenuhi rumah tersebut dan meraikan pasangan pengantin baharu.

Wanita yang didakwa isteri pertama itu beberapa kali dilihat mengusap air matanya dan cuba untuk menahan diri daripada menangis ketika melihat suami diraikan bersama madunya.

“Ketika isteri pertama seikhlas hati mengizinkan suami untuk berkahwin lagi,” tulis @herikanatasya pada hantaran tersebut.

Sementara itu, suami wanita berkenaan yang merupakan pe­ngantin lelaki, dilihat sibuk me­layan para tetamu bersama isteri baharu dan ibu bapanya.

Rakaman video tersebut menerima beribu-ribu komen daripada pengguna media sosial.

Rata-rata, mereka meluahkan perasaan simpati dan sedih terhadap nasib isteri pertama.

“Ya Tuhan, saya turut dapat merasa sakitnya hati wanita tersebut.

“Semoga dia diberi kekuatan,” tulis seorang netizen. – AGENSI

COMMENTS