Istana Negara arah parti miliki kerusi Parlimen terbanyak serah nama calon PM sebelum 2 petang esok

Istana Negara arah parti miliki kerusi Parlimen terbanyak serah nama calon PM sebelum 2 petang esok

Istana Negara telah meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun untuk memohon ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik yang memiliki jumlah kerusi Parlimen yang banyak untuk memaklumkan kepada pihak istana berhubung gabungan yang telah dipersetujui untuk membentuk kerajaan baru.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Kata Ahmad Fadil lagi, ketua parti politik dan gabungan parti politik tersebut akan diminta Azhar untuk memaklumkan gabungan yang telah dipersetujui untuk membentuk kerajaan, serta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.

Nama itu perlu diserahkan kepada Istana Negara sebelum jam dua petang esok, katanya lagi.

Istana Negara arah parti miliki kerusi Parlimen terbanyak serah nama calon PM sebelum 2 petang esok