Inisiatif tambang percuma, Salahuddin tampil bersuara

Inisiatif tambang percuma, Salahuddin tampil bersuara

Inisiatif tambang percuma, Salahuddin tampil bersuara.

Tidak Semua Rakyat Malaysia Dapat Menikmati Subsidi RM155 juta MRT, LRT, BRT, Monorel & RapidKL

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berpandangan, inisiatif tersebut dilihat sebagai salah satu langkah kerajaan yang bersifat populis yang hanyalah bertujuan untuk ‘mengalihkan’ tumpuan terhadap isu dan krisis semasa yang lain seperti kenaikan harga barang, kekurangan bekalan makanan, ketirisan pengendalian kewangan, serta beberapa isu lain yang berkaitan pengangkutan awam serta kesesakan jalan raya berganda yang kerapkali dibangkitkan semenjak kebelakangan ini.

Subsidi sebanyak RM155 juta tersebut bukanlah satu jumlah yang sedikit yang mana tidak semua rakyat Malaysia dapat menikmati dan manfaat subsidi tersebut.

Adalah lebih baik sekiranya peruntukan RM155 juta tersebut digunakan untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam yang sedia ada.

Bantuan one-off begini tidak akan buat rakyat lupa kesusahan yang dihadapi kerana pengangkutan awam sebahagian daripada kehidupan harian mereka, katanya.