Ini sebabnya kenapa tentera Rusia tak dibenarkan guna TikTok

Ini sebabnya kenapa tentera Rusia tak dibenarkan guna TikTok. Ketua keselamatan Rusia melancarkan satu kempen pengiklanan yang mendesak anggota tentera negara itu agar tidak menggunakan jaringan media sosial seperti TikTok.
Gesaan tersebut bertujuan bagi mengelakkan rahsia ketenteraan Rusia daripada bocor ke tangan musuh.
Menerusi kempen tersebut, tentera Rusia menerbitkan poster memaparkan lukisan seorang askar berserta perkataan ‘Het’ yang bermaksud ‘Tidak’ ketika diberikan telefon pintar yang mempunyai logo TikTok.
Ia dianggap sebagai kempen era moden yang menyerupai poster ketika Perang Dunia Kedua bertulis ‘Dinding Mempunyai Telinga’.
Poster tersebut memberi amaran kepada rakyat Britain agar mengelak daripada bercakap sesuatu yang membahayakan nyawa mereka.
Dalam pada itu, di Ukraine, satu lagi kempen ditaja oleh Britain sedang dilaksanakan bagi membanteras propaganda Rusia dan berita palsu di negara itu.
Turut baca
- Wanita 30 tahun ditemui rentung dalam kebakaran
- Dari kecil selalu kena ‘bantai’ bersama, abang sedih nak berpisah dengan adik baru kahwin pergi ikut suami
- Tinggal tunggu hari diijabkabul, tunang lenyap entah kemana, ‘post’ gambar perempuan lain
- Lelaki positif Covid-19 lari dari hospital diburu polis