Ini bukan gurau! Gegaran ‘kejutkan’ rakyat Malaysia, orang ramai siap kosongkan bangunan selamatkan diri

Ini bukan gurau! Gegaran ‘kejutkan’ rakyat Malaysia, orang ramai siap kosongkan bangunan selamatkan diri

Gegaran yang dirasai di beberapa kawasan di hampir kebanyakan negeri dalam Malaysia telah mengejutkan orang ramai pada pagi Jumaat.

Malah, media sosial turut dipenuhi dengan perkongsian warga netizen akan keadaan di tempat mereka sewaktu gegaran itu berlaku.

Sementara, yang berada di tempat kerja pula berpusu-pusu mengosongkan bangunan dan berkumpul di tempat terbuka bagi menyelamatkan diri.

Menerusi ciapan pengguna Twitter, rata-ratanya terkejut dengan kejadian itu selain akui takut dengan fenomena itu.

Memetik laporan Awani, gegaran itu berlaku pada 17 kilometer ke Timur Laut Pasamanbarat-Sumbar yang mana telah disahkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BKMG), Indonesia.

Walaubagaimanapun, gegaran tersebut turut dirasai oleh Malaysia.

Turut baca