“Ingat proses buat budu…” Tangki air kotor disangka kuah sate

“Ingat proses buat budu…” Tangki air kotor disangka kuah sate

“Ingat proses buat budu…” Tangki air kotor disangka kuah sate.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial akan sekeping foto yang dipercayai sebuah tangki air yang kotor menjadi perhatian ramai.

Foto yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @thedialogueutoh itu mengudang rasa jijik ramai malah tidak menyangka air tangki tersebut terlalu pekat seolah-olah kuah kacang dan gulai daging.

Difahamkan, itu adalah tangki air salah seorang penduduk di Kelantan yang merasa kecewa akan sumber air mereka begitu kotor.

Malah, pengguna Twitter berkenaan turut kecewa akan apabila kepeluan rakyat diabaikan sehingga menjadi sebegini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi akan perkara berkenaan. Malah, mereka juga bersimpati kepada rakyat di negeri itu yang terpaksa menggunakan air kotor sebegini.