Ingat Malaysia tak ada undang-undang… Pemandu Singapura ‘acah-acah’ tak kenal kenderaan sendiri buat netizen bengang

Ingat Malaysia tak ada undang-undang… Pemandu Singapura ‘acah-acah’ tak kenal kenderaan sendiri buat netizen bengang

Ingat Malaysia tak ada undang-undang… Pemandu Singapura ‘acah-acah’ tak kenal kenderaan sendiri buat netizen bengang.

Sejak sempadan negara dibuka pada awal April lalu, pelbagai kisah mengenai pemandu Singapura sememangnya menjadi perhatian warganet.

Ada sahaja sikap mereka yang mengundang kecaman dan tomahan dari warganet terutama dari segi pemanduan di atas jalan raya.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, Malaysia Most Viral memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih dengan nombor pendaftaran telah menghalang laluan pengguna jalan raya.

Ingat Malaysia tak ada undang-undang... Pemandu Singapura 'acah-acah' tak kenal kenderaan sendiri buat netizen bengang

Difahamkan, pemandu kereta berkenaan meletakkan keretanya di atas jalan raya sementara pergi membeli makanan di sebuah kedai tepi jalan.

Lebih menyakitkan hati ramai apabila pemilik kenderaan tersebut buat-buat tidak mengenali kereta selepas dihon berkali-kali untuk mengalihkan kenderaannya.

Sehingga, salah seorang lelaki muncul ingin meminta pemandu tersebut mengalihkan kereta tersebut barulah seorang individu berbaju putih pergi untuk memindahkan kereta berkenaan.

Ingat Malaysia tak ada undang-undang... Pemandu Singapura 'acah-acah' tak kenal kenderaan sendiri buat netizen bengang

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet berhubungan perkara itu. Rata-rata mereka tidak faham akan sikap pemandu dari negara berkenaan yang tidak mengikuti undang-undang Malaysia.