Indonesia sasar bekal vaksin bukan subsidi kepada 75 juta penduduk

Indonesia sasar bekal vaksin bukan subsidi kepada 75 juta penduduk

GLOBAL l Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia menyasarkan pembekalan vaksin Covid-19 yang bukan subsidi kepada 75 juta penduduk dalam tempoh lapan atau sembilan bulan akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri BUMN yang juga Ketua Eksekutif Jawatankuasa Menangani Covid-19 dan Pemulihan Ekonomi (KPCPEN), Erick Thohir.

Menurut Kementerian Kesihatan pula, petugas kesihatan akan menjadi kumpulan pertama diberikan vaksin dalam usaha membasmi jangkitan Covid-19 di Indonesia.

Kira-kira 32 juta penduduk akan layak untuk menerima vaksin subsidi.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan klinik serta hospital swasta untuk melaksanakan program vaksinasi bagi mereka yang bersedia membayar.

Kerajaan Indonesia telah membelanjakan hampir AS$45 juta untuk membeli vaksin dari China, tahun ini.

Pada fasa pertama, 1.2 juta dos vaksin sudahpun tiba di Indonesia dan akan digunakan pada awal tahun depan.

Fasa berikutnya akan menyaksikan 1.8 juta dos lagi dihantar pada Januari tahun depan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555164