Ibubapa ke barat, anak ke timur…. Netizen kesal insiden kaki kanak-kanak tersepit eskalator

Ibubapa ke barat, anak ke timur…. Netizen kesal insiden kaki kanak-kanak tersepit eskalator

Ibubapa ke barat, anak ke timur…. Netizen kesal insiden kaki kanak-kanak tersepit eskalator.

Semalam, media melaporakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli belah.

Detik cemas itu turut sempat dirakam seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rooban React yang dipercayai berada di tempat kejadian.

Dalam video tersebut, dapat dilihat orang ramai bertindak berkumpul di kawasan eskalator tersebut untuk mengetahui akan perkara yang berlaku.

Malah, ketika itu juga dapat dilihat beberapa individu turut menghulurkan bantuan bagi kepada mangsa tersebut.

Bagaimanapun, insiden tersebut menjadi perdebatan dalam kalangan warganet yang meminta ibu bapa agar peka apabila membawa anak-anak ke pusat beli belah.

Ibubapa ke barat, anak ke timur.... Netizen kesal insiden kaki kanak-kanak tersepit eskalator

Ibubapa ke barat, anak ke timur.... Netizen kesal insiden kaki kanak-kanak tersepit eskalator

Rata-rata warganet meminta agar ibu bapa sentiasa memegang tangan anak-anak ketika menaiki eskalator. Malah, mereka turut berharap agar urusan kanak-kanak tersebut dipermudahkan.

 

Turut baca